", "sku": "", "offers": { "@type": "Offer", "price": 0.00, "priceCurrency": "RM" } }
Pembiayaan Peribadi (Sektor Swasta)

Pembiayaan Peribadi (Sektor Swasta)

Category: Our Services

Specifications
Details

Pembiayaan Peribadi Sektor Swasta Koperasi NUCW adalah khusus untuk ahli koperasi kami berdasarkan konsep syariah ‘Tawarruq’. ‘Tawarruq’ terdiri daripada dua iaitu kontrak jualan dan pembelian di mana yang pertama melibatkan penjualan aset kepada pembeli secara tertunda dan penjualan seterusnya melibatkan penjualan aset kepada pihak ketiga secara tunai.

Tawarruq melibatkan pembelian komoditi atau aset berdasarkan asas pembayaran tertunda melalui Murabahah. Dalam kes ini, pelanggan membeli komoditi sebagai aset pendasar dari Bank. Komoditi atau aset itu kemudiannya dijual secara tunai kepada pihak selain daripada penjual asal.


KOP DANA ‘’TAWARRUQ’’ *
 
  • Pembiayaan peribadi berskala kecil untuk anggota-anggota koperasi kami
  • Pembiayaan bermula serendah RM2,000.00 sehingga maksima RM10,000.00
  • Tempoh pembayaran semula sehingga 5 tahun
  • Pembayaran semula hanya melalui potongan gaji majikan atau melalui Biro Angkasa
  • Terbuka kepada sektor-sektor swasta terpilih
  • Berlandaskan konsep kewangan Islam ‘Tawarruq’ serta dilindungi oleh insurans Takaful
  • Proses kelulusan yang sistematik dan cepat mengikut piawaian
  • Bertujuan untuk meringankan beban kewangan anggota di saat-saat yang memerlukan
  • Mesti telah mencarum sebagai anggota untuk 6 bulan keatas sebelum layak memohon.
* Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan.

Syarat-syarat & Terma-terma Am.
 
  • Pemohon perlu memuat turun dan melengkapkan semua borang yang berkaitan.
  • Penggunaan pen berdakwat hitam atau biru dibenarkan.
  • Kelulusan bagi pembiayaan peribadi adalah tertakluk kepada penerimaan borang-borang permohonan yang asal dan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen sokongan lain seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan pembiayaan peribadi Koperasi NUCW Berhad.
  • Pemohon mungkin dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen sokongan tambahan untuk kelulusan akhir yang dianggap perlu oleh Koperasi NUCW Berhad.
  • Koperasi NUCW Berhad mempunyai hak mutlak dalam memberi kelulusan akhir untuk permohonan pembiayaan peribadi.
  • Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh Koperasi NUCW Berhad dari semasa ke semasa.

Dokumen-dokumen Yang Diperlukan
 
  1. 3 SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON (TELAH DISAHKAN)
  2. SLIP GAJI 3 BULAN TERKINI (TELAH DISAHKAN)
  3. BORANG BPA 1/79 (LENGKAP)
  4. SURAT PENGESAHAN DALAM JAWATAN DARIPADA MAJIKAN
  5. BORANG-BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI YANG TELAH LENGKAP DIISI
  6. BORANG PERMOHONAN KEANGGOTAAN YANG TELAH LENGKAP DIISI BERSERTA YURAN PENDAFTARAN RM20 (TUNAI) – borang boleh dimuat turun daripada menu Sertai Kami dalam laman web Koperasi NUCW Berhad
  7. SALINAN TERKINI BIL UTILITI
  8. SALINAN SLIP GAJI TERKINI PENJAMIN (1 BULAN) (TELAH DISAHKAN)
  9. SALINAN KAD PENGENALAN PENJAMIN (TELAH DISAHKAN)

Borang Permohonan
 

[MUAT TURUN] BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI TAWARRUQ - SWASTA

+

[MUAT TURUN] PERJANJIAN PINJAMAN - SEKTOR SWASTA

+

[MUAT TURUN] LAMPIRAN - SEKTOR SWASTA

+

[MUAT TURUN] SURAT KEBENARAN POTONGAN GAJI BAGI PEMBAYARAN PINJAMAN - SEKTOR SWASTA

+

View more about Pembiayaan Peribadi (Sektor Swasta) on main site